Tuesday, 19 April 2011

Lawatan Pelajar Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL)

Pada 17 April 2011, Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC) telah menerima kunjungan daripada pelajar Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL). Rombongan seramai 30 orang itu telah singgah ke NACC dalam sebahagian lawatan mereka ke Pulau Kapas. Lawatan ini telah diuruskan oleh Encik Safiq Al-Attas.


Mereka tiba dari Pulau Kapas melalui Jeti Marang ke lokasi NACC pada pukul 12.30 tengahari dan telah menjamu selera di Restoran Garden di tepi sungai bersebelahan NACC. Mereka kemudiannya sempat mengunjungi bahagian demonstrasi bagi menimba ilmu mengenai proses pembuatan batik, songket, anyaman mengkuang, wau dan kraf kaca. Mereka juga berkunjung ke pusat jualan untuk memilih dan membeli barang siap dari kraf batik, songket, aksesori wanita dan barangan kraf yang lain.

Melihat demonstrasi kraf anyaman mengkuang oleh Kak Jah

Tepat jam 2 petang, mereka ke ruang demonstrasi untuk melakukan aktiviti mencanting dan mewarna batik. Proses melukis, mencanting dan mewarna batik rekaan mereka itu mengambil masa selama 2 jam. Kemudiannya, hasil kerja mereka dijemur dan dicelup serta dipotong mengikut saiz sebagai kenangan kunjungan ke NACC ini.


Pelajar melihat Kain Creep yang sepanjang 4 meter dibahagikan
mengikut kumpulan tertentu.

Meneliti demonstrasi cara melukis corak pada kain oleh staff NACC, Fauzi

Pelajar ISKL berbincang untuk pembahagian kumpulan

Perbincangan mengenai corak yang akan dilukis

Pelajar mulai melukis corak yang dilakar dari kertas ke atas kain

Salah seorang pelajar mencuba mencanting corak batik yang dilakar

Fauzi menerangkan kepada pelajar cara menghasilkan pecahan warna
dari warna asas
Pelajar mulai mewarna setelah siap mencanting batik

Proses mewarna sedang dijalankan

Pelajar tekun mewarna sambil mengaplikasikan teknik
yang didemonstrasikan

Pelajar melihat hasil kerja mereka digantung untuk proses mengering


Pihak NACC mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar dan rombongan berkenaan kerana sudi berkunjung ke sini.

No comments:

Post a Comment