Sunday, 1 May 2011

Konvoi PDRM Negeri Sembilan ke NACC

Pada 26 April 2011 yang lalu, NACC menerima kunjungan dari PDRM Negeri Sembilan yang mengadakan konvoi bermotosikal dari Seremban ke Terengganu. Konvoi ini disertai oleh 32 motosikal berkuasa tinggi yang menjadikan NACC lokasi pertama konvoi. Terima kasih diucapkan kepada peserta konvoi yang menjadikan NACC sebagai lokasi utama anda.








Tuesday, 26 April 2011

Santai Budaya Hujung Minggu, 24 dan 25 April 2011

Program Santai Budaya Hujung Minggu telah diadakan dengan jayanya pada tanggal 24 dan 25 April 2011. Program selama dua hari itu akan diteruskan setiap sabtu dan ahad. Marilah sama-sama kita menyokong industri kraf dan warisan tradisional kita.






Thursday, 21 April 2011

Kunjungi Santai Budaya Hujung Minggu!!

Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC) akan mengadakan program Santai Budaya Hujung Minggu, pada setiap hari sabtu dan ahad. Semua dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan tarian tradisional dalam usaha memelihara dan memartabatkan budaya.

Klik untuk membesarkan imej

Tuesday, 19 April 2011

Lawatan Pelajar Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL)

Pada 17 April 2011, Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC) telah menerima kunjungan daripada pelajar Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL). Rombongan seramai 30 orang itu telah singgah ke NACC dalam sebahagian lawatan mereka ke Pulau Kapas. Lawatan ini telah diuruskan oleh Encik Safiq Al-Attas.

Monday, 4 April 2011

Selamat Datang Ke Noor Arfa Craft Complex (NACC)



Noor Arfa Craft Complex terletak di Kawasan Perindustrian Chendering, iaitu 70km dari bandar Dungun dan hanya 15km dari bandar Kuala Terengganu. Kedudukan kompleks Noor Arfa amat strategik dan senang untuk dikunjungi oleh pelanggan dari luar Terengganu mahupun pelancong asing dari luar Negara walaupun ianya kunjungan pertama anda.